Home

Tuesday, March 16, 2010

Moral Kognitif Piaget dan Moral Kohlberg

Pengenalan tentang Moral Kognitif Piaget dan Moral Kohlberg

Pendekatan perkembangan kognitif dikemukakan oleh Dewey. Seterusnya dikembangkan oleh Jean Piaget dan Kohlberg.

Piaget berusaha mendefinisikan tingkat perkembangan moral pada kanak-kanak melalui pengamatan dan wawancara. Hasil pengamatannya, atas pertanyaan mengapa mereka patuh kepada peraturan, Piaget dapat kesimpulan bahawa perkembangan kemampuan kognitif pada kanak-kanak mempengaruhi pertimbangan moral mereka.

Kohlberg juga mengembangkan teorinya berdasarkan kepada asumsi-asumsi umum tentang teori perkembangan kognitif dari Dewey dan Piaget di atas. Kohlberg mendefinisikan kembali dan mengembangkan teorinya menjadi lebih terperinci. Asumsi-asumsi yang Kohlberg guna dalam mengembangkan teorinya sebagai berikut:

(a) untuk memahami tingkah laku moral seseorang adalah dengan memahami falsafah moralnya, dengan memahami alasan-alasan yang melatar belakangi perbuatannya

(b) Tingkat perkembangan tersusun sebagai suatu keseluruhan cara berfikir. Setiap orang akan konsisten dalam tingkat pertimbangan moralnya.

(c) Konsep tingkat perkembangan moral menyatakan rangkaian urutan
perkembangan yang bersifat universal, dalam berbagai
kondisi kebudayaan.


Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget.

Kanak-kanak membina maklumat secara aktif semasa meneroka dunia sekelilingnya Mereka mengadaptasikan pemikiran dengan memasukkan idea-idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara.

Piaget menyatakan, perkembangan kanak-kanak dan remaja mempunyai dua peringkat iaitu peringkat heteronomus (umur 4 hingga 7 tahun). Pada peringkat ini, beliau menganggap kanak-kanak memandang perundangan sebagai tidak dapat diubah. Peringkat kedua adalah autonomus iaitu perkembangan moral yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas. Pada peringkat ini, mereka sedar peraturan yang dikenakan ke atas mereka dikuatkuasakan oleh manusia juga.

Teori ini menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

Menurut Piaget, perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak adalah mengikut siri urutan yang berperingkat. Piaget membahagikan perkembangan itu kepada empat peringkat iaitu:
1. Sensori motor
2. Operasi
3. Operasi yang konkrit
4. Operasi formal

Perkembangan kognitif berlaku dalam peringkat:

1. Sensori motor: 0 - 2 tahun.
Boleh membuat greak balas refleks. Kanak-kanak menggunakan deria motor dan deria yang lain untuk memahami dunia mereka.

2. Pra-operasi: 2 - 7 tahun.
Penggunaan simbol dan bahasa. Kanak-kanak pra sekolah menggunakan keupayaan berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah, tetapi tahap pemikiran masih tidak mengikut logik dan mudah diperdaya oleh pandangan yang berlainan.

3. Operasi konkrit: 7-11 tahun.
Zaman persekolahan, boleh membuat klasifikasi, reversibiliti, hukum keabadian. Berfikir secara logik dan konkrit. Boleh menyelesaikan masalah secara cuba jaya.

4. Operasi Formal: 12 tahun ke atas.
Remaja boleh berfikir secara abstrak konsep hipotetikal dan boleh memikirkan akibat jangka panjang sesuatu aksi. Boleh membuat penakulan abstrak, mengawal pembolehubah ,menguji hipotesis, menyelesaikan masalah.


Teori Perkembangan Moral Kohlberg.

Kohlberg menyatakan bahawa asas utama perkembangan moral adalah penaakulan moral dan penghuraiannya secara berperingkat. Tiga konsep utama perkembangan moral menurut Kohlberg adalah:

Peringkat pertama: Pemikiran pra-konvensional.
Peringkat bawah iaitu setiap individu menunjukkan tidak wujudnya ‘internalisasi’ iaitu pemahaman dalaman pada nilai moral.

Tahap 1: Moraliti heteronomus
Pada tahap ini, pemikiran moral selalu dikaitkan dengan denda. Misalnya, remaja patuh kepada arahan ibu bapa kerana ibu bapa menghendaki mereka patuh.

Tahap 2: Keindividuan, tujuan instrumental dan pertukaran.
Pada peringkat ini, remaja dapat meneruskan kesukaan mereka dan rakan mereka juga dapat membuat perkara yang sama. Apabila mereka baik pada orang lain, orang lain juga baik pada mereka kelak.

Peringkat kedua: Pemikiran konvensional
Pada peringkat ini, internalisasi pemahaman adalah pada peringkat pertengahan.

Tahap 3: Pengharapan bersama secara interpersonal, perhubungan dan keakuran interpersonal.
Pada tahap ini, remaja menilai kepercayaan, penjagaan dan setia kepada orang lain sebagai asas pengadilan. Remaja berkehendakkan ibu bapa menganggap mereka sebagai anak yang baik dan sebagainya.

Tahap 4: Sistem moraliti sosial
Pada peringkat ini, keadilan moral berasas kefahaman individu pada perundangan sosial, undang-undang, keadilan dan tanggungjawab. Misalnya, sekiranya remaja bekerja, mereka perlu dilindungi oleh undang-undang.

Peringkat ketiga: Pemikiran pro-konvensional
Pada peringkat ini, moraliti didasarkan kepada piawaian dalaman dan tidak berdasarkan piawai luar. Remaja mengetahui alternatif yang diperlukan dalam membentuk moral, meneroka alternatif. Seterusnya, sendiri berupaya membuat keputusan berkenaan moral

Tahap 5: Hubungan sosial dan hak individu,
Pada tahap ini remaja mengakui kewujudan undang-undang.

Tahap 6: Prinsip etika sejagat
Pada tahap ini, tertanam di dalam diri remaja, kepiawaian moral adalah berdasarkan hak kemanusiaan sejagat.


Kesimpulan tentang Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget.

Pendekatan perkembangan kognitif piaget mudah digunakan dalam proses pendidikan di sekolah, kerana pendekatan ini memberikan penekanan pada aspek perkembangan kemampuan berfikir. Oleh kerana pendekatan ini memberikan perhatian sepenuh kepada isu moral dan penyelesaian masalah yang berhubung dengan pertentangan nilai tertentu dalam masyarakat, penggunaan pendekatan ini menjadi menarik. Penggunaannya dapat menghidupkan suasana kelas.

Kelemahan Teori Piaget.

Pendekatan ini juga memiliki kelemahan-kelemahan. Salah satu kelemahannya dikemukakan oleh Hersh, et. al. (1980), pendekatan ini menampilkan bias budaya barat. Antara lain kelemahan ialah sangat menjunjung tinggi kebebasan peribadi yang berdasarkan filsafat liberal. Dalam proses pendidikan dan pengajaran, pendekatan ini juga tidak mementingkan kriteria benar salah untuk suatu perbuatan. Yang dipentingkan adalah alasan yang dikemukakan atau pertimbangan moralnya.

Teori Perkembangan Kognitif Piaget terhadap pengajaran dan pembelajaran. Daripada teori ini, seseorang guru perlu sedar bahawa pada peringkat awal, kanak-kanak seperti di kelas tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripada objek-objek besar iaitu yang senang dilihat dan disentuh. Manakala pada peringkat Tahun Dua dan Tiga, kanak-kanak bersifat egosentrik. Oleh itu, tajuk-tajuk seperti Rumah Saya, Keluarga Saya adalah sesuai disediakan sebagai bahan bacaan dan tulisan. Pelbagai jenis alat bantu mengajar diperlukan untuk mengajar kanak-kanak di peringkat sekolah rendah disebabkan perkembangan kognitif yang terhad.

Murid-murid di peringkat sekolah rendah juga masih belum bersedia menyelesaikan masalah abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh konkrit dan analogi diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid sekolah rendah. Isi pelajaran dan aktiviti pelajaran yang disediakan perlu selaras dengan peringkat perkembangan kognitif murid-murid. Sekiranya tidak, bahan atau aktiviti pelajaran tersebut mungkin akan membosankan murid-murid atau terlalu sukar bagi mereka.

Setiap tajuk pelajaran perlu disusun dan dipertingkatkan. Ini membolehkan penyampaian tajuk pelajaran daripada peringkat yang senang kepada peringkat yang susah. Cara seperti ini akan menjamin murid-murid memperolehi hasil pembelajaran yang maksimum.

Kesimpulan tentang Teori Perkembangan Moral Kohlberg.
Teori Kohlberg dinilai paling konsisten dengan teori ilmiah, peka untuk mendedahkan kemampuan seseorang dalam membuat pemikiran atau pertimbangan moral, dan mendukung perkembangan moral.

Kelemahan teori ini.
Teori Kohlberg dikritik mengandungi seks, kerana dilema yang dikemukakannya dan orientasi penilaian pada keadilan dan hak lebih tepat bagi kaum pria. Berdasarkan kepada hasil uji empiris, kaum wanita cenderung mendapat skor lebih rendah dari kaum pria. Selain itu, dalam pelaksanaan program-programnya, teori ini juga memberi penekanan pada proses dan
struktur pertimbangan moral, mengabaikan nilai dan isi pertimbangnnya.

Berhubungan dengan hal ini, menurut Ryan dan Lickona, pendidikan moral dengan penekanan kepada proses semata dan mengabaikan isi, tidak akan mencapai sepenuhnya apa yang diharapkan. Dari sisi lain, pengakuan Kohlberg bahawa teorinya berdasarkan kepada prinsip-prinsip moral yang bersifat universal dibantah juga oleh Liebert .

Menurut Liebert, berbagai kajian dalam bidang antropologi tidak mendukung pandangan tentang adanya prinsip-prinsip moral yang universal seperti yang dikemukakan Kohlberg. Realiti yang ditemukan adalah berbagai norma, standard, dan nilai-nilai moral yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat pendukungnya. Walaupun pendekatan ini mengandungi kelemahan-kelemahan dalam segi tertentu, namun seperti dijelaskan juga oleh Ryan dan Lickona, teori ini juga telah memberi sumbangan berharga bagi perkembangan pendidikan moral.


ew2010

1 comment:

  1. terima kasih ya...!!!

    jangan lupa kunjungi www.anakpapamama.wordpress.com

    ReplyDelete