Home

Tuesday, March 16, 2010

Sejarah Pendidikan Jasmani di Malaysia

Sejarah Pendidikan Jsmani Di Malaysia

Perkembangan sejarah Pendidikan Jasmani di Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat besar:

  • Sistem pelajaran asal, iaitu sistem pelajaran yang telah ada sebelum kedatangan pengaruh Barat.
  • Zaman penjajahan menghasilkan pendidikan yang formal yang telah menghasilkan pertumbuhan sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India. Zmn ini berlanjutan hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
  • Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas kemerdekaan.


Sebelum dtangnya pengaruh pendidikan Barat, sistem pendidikan adalah merupakan system yang tidak formal seperti kelas-kelas agama dan al-Quran, kelas kesenia dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan cirri-ciri pendidikan secara formal.Oleh itu tidak ada langsung pendidikan jasmani.

Sebelum pelajaran yang formal diperkenalkan di egara ini selepas kedatangan Inggeris di Negeri-negeri Selat.Ini adalah usaha penganjur Kristiam dan Kompani Inggeris. Sekolah yang pertama didirikan di tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhka dalam tahun 1816.Usaha mendirikn sekolah itu dibuat oleh Rev. R. S. Hutching. Sekolah itu ialah di bawah pengelolaan Kompani Inggeris.Pendidikn Jasmani tidak lagi dijalankan, yang lebih dipentingkan ialah pengajaran menulis, membaca dan mengira.

Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal walaupun pelajaran Pendidikan Jasmani mula diajar secara tidak formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan ermainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris.Tahun 1924 dilantik seorang pengusaha pendidikan jasmani untuk Negeri-negeri Selat.

Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran pendidikan belum tersusun. Guru-guru yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani ditugaskan mengajar pelajaran itu. Tahun-tahun 1930-an brulh usaha rancangan pendidikan jasmani untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan pelajaran itu merupakan asas kepada pelajaran Pendidikan Jasmani di Tanah Melyu. Ia berdasarkan kepada sukatan pelajaran Latihan Fizikal untuk sekolah-sekolah Inggeris di England, yang mana telah diperkenalkan dalam tahun 1932, telah melancarkan rncangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh Negara. Kursus-kursus dalam perkhidmatan diadakan di seluruh Negara.

Tahun 1946-48. suatu sukatan pelajaran Latihan Jasmani dikeluarkan. Usaha ini adalah untuk mengadakan suatu sukatan yang formal untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah. Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Sistem latihan guru pendidikan jasmani dilancarkan secara berperingkat-peringkat, iaitu dari peringkat I hingga peringkat IV.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris dalam perkembangan pendidikan Gimnastik, sukan dan rentkrama merupakan bahagian program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah, sementara di sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan satu program yang serupa dengan yang terdapat di Negara-negara Asia di bawah Britih Komanwel.Bola sepak, bola keranjang, berenang dan tennis adalah popular tetapi permainan badminton paling popular sekali.

Pada tahun 1952 guru-guru tempatan muladihantar ke luar negeri untuk meluaskan pengetahuan mengenai pendidikan jasman. Setahun kemudian Pendidikan Jsmani dimasukkan sebagai satu mta pelajaran bagi kursus asas da pilihan utama di Kirby. Kemudian diadakan pula kursus pendidikan dan kesihatan di Kirby dan Brinsford, Egland. Tahun 1955, Jawatan Penguasa Pendidikan Jasmani diambil alih oleh anak tempatan, iaitu Encik Toh Teik Lee. Pada than 1958 bahagian Penguasa Pendidikan Jasmani dipindahkan kepada Bahagian Nazir Sekolah-sekolah dan jiga disatukan dengan Bahagian Latihan Guru.

Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani M.P.S.I dikekalkan dalam tahun50-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan. Pada tahun 1960, B.E Chamber diganti oleh E.D Clay sebagai Nazir Sekolah-seklah Persekutuan, bahagian Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran dikaji semula dan wujudlah sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan pada tahun 1966. Kursus tambahan, satu tahun Pendidikan Jasmani diadakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960. Kemudian diikuti dengan kursus tambahan untuk guru-guru perempuan dalam tahun 1961.

Pada tahun 1971, sukatan pelajaran disemak semula, kemudiannya sukatan itu dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Sukatan ini lebih dinamik dan berkesan kerana memberatkan kepada kesan, pergerakan dan kemahiran. Dimasukkan juga aspek-aspek moden seperti tarian moden atau terian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan.


ew2010

No comments:

Post a Comment