Home

Tuesday, March 16, 2010

sejarah Pendidikan Jasmani di Malaysia

Perkembangan sejarah Pendidikan Jasmani di Malaysia dibahagikan kepada 4 peringkat yang besar:

1. Sistem pelajaran asal, iaitu sistem pelajaran yang telah ada sebelum kedatangan pengaruh Barat / British.
• Sebelum datangnya pengaruh pendidikan Barat, sistem pendidikan adalah merupakan sistem yang tidak formal seperti kelas-kelas agama dan al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan cirri-ciri pendidikan secara formal. Oleh itu, tidak ada langsung Pendidikan Jasmani.

2. Sistem pelajaran semasa zaman penjajahan British (1786 – 1941).
• Sistem pelajaran yang formal diperkenalkan di negara ini. Selepas kedatangan Inggeris di negeri-negeri selat. Ini adalah usaha penganjur kristian dan syarikat-syarikat Inggeris di Pulau Pinang dan Melaka.

• Sekolah yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan dalam tahun 1816. Usaha ini dibuat oleh R.S.Hutching. Sekolah ini dibawah pentadbiran syarikat Inggeris dan Pendidikan Jasmani tidak dijalankan lagi, yang dipentingkan ialah pengajaran menulis, membaca dan mengira.

• Sehingga tahuan 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal walaupun Pendidikan Jasmani di ajar secara tidak formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris.

• Pendidikan Jasmani mula-mula diperkenalkan di sekolah-sekolah Melayu pada abad ke-19 bagi kelas tahun 1 hingga 4. Pendidikan Jasmani juga diajar di Sekolah Melayu ‘khas’. Pada tahun 1856, Pendidikan Jasmani diperkenalkan di Sekolah Melayu di Singapura.

• Pendidikan Jasmani diajar di sekolah vernacular Cina di Melaka mulai tahun 1815.

• Dari tahun 1923 hingga 1925, Pendidikan Jasmani mulai diajar di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Muar dan Ipoh.

• Mulai tahun 1930 Pendidikan Jasmani diajar untuk peringkat menengah di Sekolah China Penang, Kuala Lumpur dan Ipoh.

• Pada tahun 1924 dilantik seorang pengusaha pendidikan jasmani untuk negeri-negeri selat. Walaubagaimanapun, sukatan pelajaran pendidikan jasmani masih belum tersusun dan guru-guru tidak pernah menerima latihan Pendidikan Jasmani ditugaskan mengajar pelajaran itu.

3. Sistem Pelajaran Sebelum Merdeka
• Tahun-tahun 1930-an barulah usaha rancangan Pendidikan Jasmani untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan pelajaran ini merupakan asas untuk pelajaran Pendidikan Jasmani di Tanah Melayu. Ia berdasarkan sukatan pelajaran latihan fizikal untuk sekolah-sekolah Inggeris di England, yang diperkenalkan pada tahun 1933.

• Siri buku Jeffersons, “How To Teach Physical Training” dijadikan asas sukatan Pelajaran Jasmani.

• J.W. Jeffersons dilantik sebagai pengusaha Pendidikan Jasmani pada tahun 1932, melancarkan rancangan latihan guru Pendidikan Jasmani di seluruh Negara.

• Pada tahun 1946-1948, suatu sukatan pelajaran latihan jasmani dikeluarkan untuk mengadakan sukatan formal bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah.

• Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Sistem latihan guru dilancarkan secara berperingkat-peringkat.

• Penubuhan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris dimana gimnastik, sukan dan rentakrama merupakan program utama di sekolah rendah. Di sekolah menengah permainan seperti bola sepak, bola keranjang, berenang dan tennis amat popular

• Pada tahun 1952, guru-guru tempatan mula dihantar ke luar negeri untuk meluaskan pengetahuan mengenai Pendidikan Jasmani. Tahun 1953, Pendidikan Jasmani dimasukkan sebagai satu mata pelajaran bagi kursus asas dan pilihan utama di Kirby dan seterusnya diadakan Kursus Pendidikan Kesihatan di Kirby dan Brinsford, England.


4. Sistem Pendidikan Selepas Merdeka
• 1955, Jawatan Penguasa Pendidikan Jasmani diambil alih oleh anak tempatan, Encik Teoh Teik Lee. 1958, bahagian penguasa Pendidikan Jasmani dipindahkan kepada Bahagian Nazir Sekolah dan disatukan dengan Bahagian Latihan Guru.

• 1950, Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Maktab Perguruan Sultan Idris dikekalkan dengan beberapa penyesuaian dan pindaan.

• 1960, Maktab Perguruan Ilmu Khas mengadakan kursus satu tahun Pendidikan Jasmani dan diikuti kursus tambahan untuk guru-guru perempuan pada tahun 1961.

• Pada 1960, B.E. Chamber diganti oleh E.D.Clay sebagai Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan, bahagian Pendidikan Jasmani.

• Pada tahun 1966, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji semula dan wujudlah sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.

• Pada 1971, sukatan pelajaran disemak semula, dan dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeirs. Sukatan ini lebih dinamik dan berkesan kerana memberatkan kepada kesan, pergerakan dan kemahiran.


ew2010

No comments:

Post a Comment