Home

Tuesday, March 16, 2010

Pengenalan Kepada Komputer Asas

Pengenalan:

Sebuah komputer melaksanakan sesebuah tugas tertentu bergantung kepada perisian (ditulis oleh manusia) yang menyimpan set-set arahan dan panduan yang akan digunakan oleh komputer itu.

Secara definisi, PERISIAN ditakrifkan sebagai:
Sekumpulan arahan (program komputer) yang dibentuk untuk melaksanakan tugas atau fungsi tertentu.

Syarikat perisian komputer memonopoli pasaran perisian komputer dan mengenakan harga yang tinggi terharap perisian yang mereka jual. Selain itu kaedah perlesenannya juga amat terhad dimana setiap perisian yang dibeli hanya boleh dipasang di dalam satu komputer. Pengguna tidak memiliki perisian tersebut selepas dibeli. Mereka hanya mempunyai hak untuk menggunakan perisian tersebut dalam satu komputer sahaja. Selain itu apa-apa penambahan terhadap perisian adalah tidak dibenarkan. Pengguna juga tidak boleh mendapat atau melihat kod sumber perisian tersebut.

Pakar-pakar komputer dan teknologi maklumat yang tidak berpuas hati terhadap penguasaan dan monopoli syarikat-syarikat perisian komputer telah menulis perisian mereka sendiri dan memberikannya secara percuma. Pengguna boleh menggunakan perisian ini secara percuma dan ia boleh dipasang ke dalam seberapa banyak komputer yang dikehendaki tanpa apa-apa bayaran lesen. Pengguna juga boleh memberikan perisian ini kepada sesiapa sahaja tanpa sebarang sekatan. Selain itu kod sumber perisian tersebut juga diberikan secara percuma. Pengguna boleh melihat, mengubahsuai dan menggunakan kod tersebut di dalam kerja-kerja mereka.

Perisian Bebas (Free Software)
Sumber terbuka bermakna apabila sumber maklumat, kod, gambar, peta, pengarang, dan semua yang berkaitan adalah boleh dilihat dan diubahsuai oleh orang awam atau sesiapa sahaja.
Projek perisian bebas yang dikenali sebagi Projek GNU diketuai oleh Richard Stallman. Ia bermula pada 1983 untuk membangunkan sistem pengoperasian seperti UNIX lengkap yang mempunyai pengkompil, aturcara aplikasi, utiliti pembangunan dan sebagainya. Pada 1991, apabila versi pertama kerangka Linux ditulis, projek GNU telah menghasilkan hampir kesemua komponen sistem ini — kecuali kernel. Torvalds dan pembangun kernel seperti Linux menyesuaikan kernel mereka supaya dapat berfungsi dengan komponen GNU, dan seterusnya mengeluarkan sistem pengoperasian Linux yang cukup berfungsi. Oleh itu, Linux melengkapkan ruang terakhir dalam rancangan projek perisian bebas.Pada asasnya konsep perisian bebas merujuk kepada kebebasan bukannya harga.

Untuk memahamainya Richard Stallman berkata:
Free yang disebutkan bermaksud bebas. Bebas yang dimaksudkan disini adalah :
• bebas untuk mengguna
• bebas untuk menyalin
• bebas untuk mengkaji dan mengubahsuai
• bebas untuk mengedarkannya
• bebas untuk memperbaiki

Disebabkan ianya bebas pengguna tidak perlu mememinta kebenaran atau membayar lesen untuk mengguna, menyalin, mengubahsuai dan mengedar perisian tersebut.

Inisiatif Sumber Terbuka atau Open Source Initiative (OSI) telah dibentuk pada Feburari 1998 oleh Eric S. Raymond and Bruce Perens. Ia merupakan badan yang mengawal selia dan mewar-warkan konsep sumber terbuka. Konsep ini dibentuk untuk memadamkan anggapan setengah pihak bahawa perisian yang bebas atau percuma adalah anti-kormesial.

Pihak Inisiatif Sumber Terbuka memberikan tiga kriteria yang dipanggil Definasi Sumber Terbuka iaitu:
• Kos sumber mesti diedarkan bersama perisian atau jika tidak ia mesti disediakan tidak lebih dari kos pengedarannya
• Sesiapa sahaja boleh mengedar semula perisian tersebut secara percuma, tanpa membuat bayaran lesen atau royalti kepada penulisnya
• Sesiapa sahaja boleh mengubahsuai perisian tersebut atau menghasilkan perisian lain daripadanya dan mengedar semula perisian yang telah diubahsuai dibawah syarat yang sama
Perisian Bebas lawan Sumber Terbuka

Walaupun secara praktikalnya perisian bebas dan perisian sumber terbuka menggunakan lesen (yang percuma) yang sama, namun terdapat sedikit perbezaan. Perisian bebas mestilah bersumber terbuka, namun sumber terbuka tidak semestinya bebas.
Kelebihan Perisian Sumber Terbuka

Tiada paksaan untuk menaiktarafkan sesuatu perisian
Pembekal bagi perisian berbayar perlu untuk mengekalkan imbuhan pendapatan mereka. Dengan menjual satu produk kepada pelanggan adalah tidak berbaloi. Mereka mengkehendaki pelanggan sentiasa membeli dalam meningkatkan tahap kualiti produk dan menambah ciri-ciri baru.

Tetapi mereka yg menghasilkan perisian sumber terbuka kebiasaannya tidak begitu.
Contohnya:
• Sistem pengoperasian lama bagi Microsoft yang sudah tamat tempoh akan kehilangan support, penyelesaiannya hanya dengan menaiktaraf sistem tersebut:

Kos efektif
Perisian Sumber Terbuka selalunya datang dengan kos yang percuma. Ini membantu syarikat dan seterusnya negara untuk menggunakannya.

Lebih selamat
Disebabkan kod sumber adalah terbuka, lebih ramai yang memeriksa kod sumber dan dengan itu lebih banyak kesilapan dijumpai dan dibetulkan. Hasil terakhir yang diperolehi akan lebih selamat dibandingkan dengan kod sumber tertutup bagi kod sumber yang sama.


Operasi perisian terbuka
Linux
Linux adalah satu operating system berasaskan UNIX yg dicipta untuk PC khususnya menggunakan processor INTEL, SPARC, Alpha dan boleh digunakan untuk server atau workstation. Dari satu CD installer (Redhat version 6.2 dan sebelumnya kerana mulai version 7.0 dah menggunakan 2 CD) kita boleh setup workstation atau server apa saja, mail, web, print, file, DNS, firewall dan macam-macam lagi.

Secara asasnya terdapat beberapa jenis dan versi Linux yang agak popular di kalangan penggemar sumber terbuka. Diantaranya ialah
• Mandrake: (10.1 official,10.0, Move 2.0,9.1 )
• Redhat: (9-Shrike, 7.3-Valhalla, 7.2, 6.2 zoot)
• Knoppix ( 3.7, 3.6 )
• Fedora (FC 3-Heideburg, FC 2-Tettreng, FC 1-Yarrow)
• Debian: ( 3.0, 4.0, i 386,PPC,Alpha,Sparc )
• Slackware Linux
• Caldera OpenLinux
• SuSE Linux
• Corel Linux
• Stampede
• VA Linux
• Black Cat
• Red Flag

Linux sebagai perisian bebas
Istilah Linux atau GNU/Linux (GNU) juga digunakan bagi merujuk kepada keseluruhan edaran Linux(Linux distribution), yang selalunya disertakan perisian-perisian lain sekali dengan Sistem Pengoperasian. Contoh-contoh perisian adalah seperti Pelayan Web, Bahasa Pengaturcaraan, Pangkalan Data(database), Persekitaran Desktop(Desktop environment) (seperti GNOME dan KDE), dan suite pejabat(office suite) seperti OpenOffice.org. Edaran-edaran Linux telah mengalami pertumbuhan yang pesat dari segi kepopularan, sehingga lebih popular daripada versi UNIX yang propritari(proprietary) dan mula mencabar dominasi Microsoft Windows dalam sesetengah perkara.

Kini Linux telah mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat besar seperti IBM, dan Hewlett-Packard. Para penganalisa menujukan kejayaannya ini disebabkan ianya tidak bergantung kepada vendor(vendor-independence), kos perkakasan yang rendah, dan kepantasannya berbanding versi UNIX proprietari, serta faktor keselamatan dan kestabilannya berbanding dengan Microsoft Windows. Ciri-ciri ini juga menjadi bukti kepada keberkesanan model pembangunan sumber terbuka.

Linux merupakan asas kepada kombinasi perisian-pelayan LAMP, kependekan daripada Linux, Apache, MySQL, Perl/PHP,Python. LAMP telah mencapai kepopularan yang luas di kalangan pembangun Web.

Linux dibangunkan agar ia kecil, pantas dan murah. Setakat ini pembina Linux masih mengekalkan konsep ini. Linux mampu dijalankan dalam keadaan paling minimum seperti komputer Intel 286, 386 dan 486, komputer yang mungkin akan dibuang jika ia masih mahu menjalankan sistem operasi berasaskan Windows.

Sejarah Linux
Linux (Sebutan "LINN-ooks") asalnya dibina oleh Linus Torvalds daripada Universiti Helsinki di Finland. Linux diasaskan daripada UNIX untuk PC yang dipanggil Minix. Oleh kerana Minix hanya dibina untuk tujuan pengajaran sistem operasi dan kekurangan pelbagai perkara yang ada di dalam Unix, Linus mengambil keputusan menulis semula sistem operasi itu dan ia dinamakan Linux. Yang ditulis pada masa itu di atas komputer "Sinclair QL" dengan memori hanya 4MB. Akhir tahun 1991 Linux diperkenalkan kepada umum dan Linus telah menjadikan kod-kod Linux itu percuma dan menggalakkan penyebaran dan pembangunan Linux oleh orang lain. Pembangunan Linux terus berkembang dengan diketuai oleh Linus, oleh kumpulan pembangunan sistem Linux yang berada di seluruh dunia melalui Internet.

Linux adalah klon UNIX (Bagi MS, ia adalah bagai cerita Star Wars Episode II - "Attack Of The Clones"). Ia ditulis semula daripada asal dan asas agar menyerupai UNIX dan mematuhi standard Unix POSIX. Tiada satu pun kod-kod Linux diambil daripada kod asal Unix. Tiada pihak daripada Unix System Laboratories dan Universiti California di Berkely yang terlibat dengan pembangunan Linux. Linux adalah sistem operasi yang pertama dan satu-satunya yang sedia mematuhi standard yang telah ditetapkan di bawah dokumen POSIX-1 dan POSIX-2.
Linux dilesenkan dibawah hakcipta GNU General Public License (GPL) salah satu jenis perlesenan dalam Sumber Terbuka. Lesen ini telah ditulis oleh oleh Free Software Foundation (FSF), bertujuan untuk menghalang mana-mana individu atau syarikat daripada menghadkan penyebaran kod-kod aplikasi.

Secara ringkasnya, walaupun anda boleh mengenakan bayaran kepada salinan kod-kod yang anda serahkan kepada orang lain, namun anda tidak berhak untuk menghalang orang yang telah anda telah jualkan atau serahkan kod-kod itu daripada menjual atau menyerahkan kod-kod itu kepada orang lain walaupun secara percuma atau dengan harga lain yang telah mereka telah tetapkan.

Ini juga bermaksud kod-kod asal perisian di bawah lesen ini boleh didapati secara bebas tanpa halangan. Ini satu berita yang baik untuk pembangun aplikasi, mereka boleh mengubah mana-mana aplikasi di bawah GPL dan masih boleh menyebarkan kod-kod yang mereka ubah dan baiki dengan syarat kod-kod itu juga perlu dilesen di bawah lesen yang sama.
Apa yang dibina oleh Linus hanyalah Kernel kepada Linux. Tanpa perisian-perisian lain, sistem operasi Linux tidak lengkap. Kebanyakan perisian, aplikasi dan utiliti di dalam distribusi Linux datang daripada FSF dan projek GNU. Projek GNU UNIX.

Mudah alih bermaksud ia boleh dijalankan dipelbagai jenis sistem dan mesin bukan setakat Intel, Macintosh dan pelbagai lagi. Sistem Operasi di dalam projek ini dipanggil Hurd. Perbezaan di antara Hurd dan Linux bukan daripada segi antara muka tetapi daripada segi pembangunan. Hurd adalah sistem operasi moden dan Linux pula banyak meminjam reka bentuknya daripada Unix.


Operasi perisian tertutup

Microsoft
Windows
Perisisian Microsoft merupakan operasi perisian tertutup. Ia tidak diberikan secara percuma seperti perisian Linux. Sesiapa yang ingin menggunakannya hendaklah membayar untuk mendapatkan perlesenan.

Ia lebih dikenali dengan sebutan Windows dan adalah sistem operasi komputer peribadi yang dikembangkan oleh Microsoft yang menggunakan antarmuka dengan pengguna berbasis grafik
• MS-DOS
• 1985 -Windows 1.0
• 1987 - Windows 2.0
• 1990 - Windows 3.0
• 1992 - Windows 3.1
• 1993 - Windows for Workgroups 3.11
• 1995 - Windows 95 (Versi: 4.00.950)
• 1998 - Windows 98 (Versi: 4.1.1998)
• 1999 - Windows 98 Second Edition (Versi: 4.1.2222)
• 2000 - Windows Millennium Edition (Me) (Versi: 4.9.3000)
• 2000 - Windows 2000 (Versi: NT 5.0.2195)
• 2002 - Windows XP (Versi: NT 5.1.2600)
• 2007 - Windows Vista (Versi 6.0 Build 6000)

Mac OS X
versi terbaru dari sistem operasi Mac OS untuk komputer Macintosh. Sistem operasi ini pertama kali dikeluarkan pada tahun 2001.
• Mac OS X Server 1.0 kode: "Rhapsody", dirilis: Maret 1999.
• Mac OS X Public Beta kode: "Kodiak", dirilis: September 2000.
• Mac OS X 10.0 (update 10.0.1-10.0.2-10.0.3-10.0.4) kode: "Cheetah", dirilis: Maret 2001.
• Mac OS X 10.1 (update 10.1.1-10.1.2-10.1.3-10.1.4-10.1.5) kode: "Puma", dirilis: Oktober 2001.
• Mac OS X Server 10.1 (update 10.1.1-10.1.2-10.1.3-10.1.4-10.1.5) kode: "Puma", dirilis: November 2001.
• Mac OS X 10.2 (update 10.2.1-10.2.2-10.2.3-10.2.4-10.2.5-10.2.6-10.2.7-10.2.8) kode: "Jaguar", dirilis: Agustus 2002.
• Mac OS X Server 10.2 (update 10.2.1-10.2.2-10.2.3-10.2.4-10.2.5-10.2.6-10.2.7-10.2.8), dirilis Agustus 2002.
• Mac OS X 10.3 (update 10.3.1-10.3.2-10.3.3-10.3.4-10.3.5-10.3.6-10.3.7-10.3.8-10.3.9) kode: "Panther", dirilis Oktober 2003.
• Mac OS X Server 10.3 (update 10.3.1-10.3.2-10.3.3-10.3.4-10.3.5-10.3.6-10.3.7-10.3.8-10.3.9), dirilis Oktober 2003.
• Mac OS X 10.4 (update 10.4.1-10.4.2-10.4.3-10.4.4-10.4.5) kode: "Tiger", dirilis: April 2005.
• Mac OS X Server 10.4 (update 10.4.1-10.4.2-10.4.3-10.4.4-10.4.5) dirilis: April 2005.


ew2010