Home

Tuesday, March 16, 2010

Negrito dan Senoi / Melayu Pertama dan Melayu Kedua

Negrito dan Senoi

Kaum yang tertua sekali datang ke Asia Tenggara ialah orang-orang Negrito dan hingga sekarang mereka masih ada di Malaysia. Di Kedah dan Perak, mereka dikenali sebagai orang-orang Semang. Di Kelantan pula, mereka digelar sebagai Pangan. Biasanya, fizikal badan mereka adalah kecil dan berambut kerinting. Seterusnya, Kaum ini telah berhijrah menetap ke negara-negara lain. Kesan daripadanya, mereka akan dijumpai di Filipina dan Australia. Bagi kaum Negrito yang tinggal di Filipina, mereka dikenali Aetas manakala di Australia, mereka dikenali sebagai Orang Hitam di Australia. Bagi mereka yang menetap Malaysia, mereka digelar Orang Asli.

Selain daripada kaum Negrito, satu lagi kaum juga telah berkembang di Asia Tenggara iaitu Orang-orang Senoi atau Sakai. Yang membezakan kedua-dua kaum ini ialah Orang-orang Senoi lebih tinggi daripada orang-orang Negrito. Dari segi fizikal, Kaum Senoi ini juga berkulit hitam dan hidung kemek, mereka selalunya tinggal di bukit-bukau. Di samping itu, Kaum ini juga ada di Sri Lanka dan Sulawesi.


Melayu Pertama dan Melayu Kedua

Kaum yang terbesar dan utama sekali datang ke Asia Tenggara ialah dari bahagian barat Cina yang dikenali sebagai kaum Mongoloid dan Kedatangan kaum ini berlaku di antara tahun 2500 S.M. dan 1500 S.M. mereka merupakan nenek moyang orang-orang Melayu yang sekarang ini tinggal di Malaysia. Kaum Melayu ini mengembara dari Asia Tenggara ke pulau-pulau di Timur dan Rebuplik Malagasy.

Di antara tahun 2500 S.M. dan 1500 S.M. kaum yang datang ke Asia Tenggara ini boleh dibahagikan kepada dua golongan besar iaitu Melayu Pertama dan Melayu Kedua. Sehingga kini, di semenanjung Malaysia masih terdapat orang-orang Melayu Pertama. Sehubungan dengan itu, golongan Melayu Pertama yang ada di semenanjung Malaysia hari ini ialah Orang Jakun, Orang Laut dan Bersisi. Begitu juga kebanyakan daripada orang-orang Dayak di Malaysia Timur dan orang-orang Batak di Sumatera.

Kaum yang kedua pula ialah orang-orang Melayu Kedua mengikut orang-orang Melayu Pertama ke Asia Tenggara. Mereka juga digelar orang-orang Pantai Melayu. Adalah dipercayai bahawa merekalah menyebabkan orang-orang Melayu Pertama masuk ke kawasan pedalaman. Selain itu, orang-orang Melayu Kedua ini kebanyakannya adalah tinggal di sepanjang pantai Malaysia, Sumatera, Bali, Borneo, Sulawesi dan pulau-pulau lain merupakan nenek moyang kepada orang-orang Melayu yang tinggal di tempat-tempat ini sekarang.


Orang-orang Melayu Kedua, yang datang kemudian ini, membawa bersama tradisi zaman logam mereka ke Malaysia. Kehidupan mereka lebih maju lagi jika dibandingkan dengan kaum-kaum yang terdahulu datang ke sini. dMereka bercucuk-tari segi kegiatan ekonomi pula, mereka menanam dan menternak binatang, dan tinggal di rumah-rumah kayu. Mereka percaya bahawa alam semula jadi dikuasai oleh semangat. Oleh itu, Kebanyakan kepercayan mereka ditumpukan kepada padi.

Di samping itu, ketika orang-orang Melayu Kedua menetap di negara ini, mereka telah mempunyai tamadun sendiri. Bila pedagang-pedagang dari luar negeri datang ke sini, penduduk-penduduk asli Malaysia sudah mempunyai unsur-unsur tamadun dan mereka bukanlah liar. Tidak lama kemudian penduduk awal ini telah dapat mencipta satu sistem pemerintahan untuk kegunaan mereka sendiri. Maka, inilah menandakan permulaan sistem pemerintahan yang kita ada sekarang ini.


ew2010

No comments:

Post a Comment