Home

Tuesday, March 16, 2010

Masyarakat Zaman Penjajahan



Masyarakat Zaman Penjajahan


Faktor-faktor Kedatangan Buruh Asing

Kejadian bencana alam di Negara asal seperti tanah runtuh.

Pada tahun-tahun 1930-an, ramai di kalangan imigren Cina telah mula menetap di Tanah Melayu disebabkan keadaan politik yang tidak stabil di China. Oleh itu, mereka tertarik dengan kestabilan politik dan keharmonian di Tanah Melayu.

Kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu berasal dari Wilayah Fukien, Kwangtung, dan Kwangsi serta kawasan-kawasan yang lain di selatan China. Kesukaran hidup di kawasan-kawasan tersebut menyebabkan berlaku perpindahan.

Pada akhir kurun ke-20 penanaman getah berkembang di Tanah Melayu. Perusahaan getah Tanah Melayu mengakibatkan kemasukan orang India kerana tenaga mereka diperlukan di ladang-ladang getah. Selain daripada itu, buruh India juga diperlukan dalam pembinaan landasan api dan jalan raya.

Victor Purcell dalam bukunya bertajuk The Chinese in Malaya, tidak menafikan kebenaran pendapat di atas, begitu juga dengan Kernial Singh Sandhu dalam,bukunya bertajuk Indians in Malaya menyoong pendapat-pendapat tersebut.

Walau agaimanapun, terdapat sedikit keraguan berkenaan dengan factor-faktor tersebut. Kerana ramai imigran Cina di negeri-negeri Melayu, khususnya datang dari daerah-daerah Kwangtung dan Fukien, sedangkan di kedua-dua daerah tersebut, masalah-masalah tadi tidak menonjol.berbanding bahagian utara China.

Maka, Victor Purcell melihat bahawa kegiatan perniagaan ataupun perdagangan yang telah terjalin sejak sekian lama dahulu antara negeri-negeri Melayu dengan Kwangtung dan Fukien, sebagai satu faktor penting penghijrahan orang Cina itu.

Dengan berlatar belakangkan kegiatan pelayaran yang kerap, maka tidaklah sukar bagi orang Cina yang berminat untuk berhijrah ke negeri-negeri Melayu kerana mereka telah tahu suasana persekitarannya melalui pedagag-pedangan yang pernah singgah di negeri-negeri berkenaan.

Di sekitar pertengahan kurun ke-19, perusahaan bijih timah mulai maju di Tanah Malayu. Kawasan-kawasan perlombongan yang utama ialah Sungai Ujung, Lukut, Lembah Klang, Lalut, dan Lembah Kinta. Kemajuan perusahaan bijih timah menyebabkan pertumbuhan penduduk yang cepat di Tanah Melayu. Ini disebabkan kemasukan buruh lombong daripada bangsa Cina. Kemasukan orang-orang Cina berterusan sehingga awal kurun ke-20.

Kerajaan British menggalakan kemasukkan buruh-buruh India ke Tanah Melayu untuk memenuhi keperluan tenaga pekerja di lading-ladang dan perkhidmatan kerajaan. Orang-orang Punjabi dibawa masuk untuk berkhidmat dalam sektor perkeranian dan teknikal.


Punca-Punca Berhentinya Kemasukan Buruh Asing

Perpindahan orang Cia terus berlaku sehingga tahun-tahun 1930-an apabila kemasukan penduduk Cina mula dihadkan setelah Akta Kawalan Kemasukan Penduduk dikuatkuasakan.

Dalam tahun 1929 dunia mula mengalami zaman meleset. Ini bermakna perdagangan di antara negara-negara jiga kurang. Oleh itu barang-barang eksport yang dikeluarkan pun kurang. Ini mengakibatkan pengangguran. Malaysia juga terlibat dari tahun 1930 hingga 1933. Hasil keluaran getah dan bijih timah sangat kurang. Akibatnya ramai orang-orang China.

Dalam tahun 1933 satu lagi undang-undang bergelar Ordinan Orang Asig diluluskan. Undang-undang ini menyekat lebih ramai imigran laki-laki. Peraturan yang ketat dikenakan sekatan. Oleh itu puan pula tidak dikenakan sekatan. Oleh itu bilangan perempuan China yang datang ke Malaysia makin bertambah. Dalam tahun 1934 sahaja, lebih kurang 190000 orang perempuan datang ke sini. Kemudian kemasukan orang-orang perempuan ini disekat pula dalam tahun 1938.

Kemasukan dan kepulangan orang-orang India di negara ini pada tahun-tahun 1930 adalah lebih teratur kerana perbelanjaan ditanggung oleh pengusaha-pengusaha lading. Oleh itu, aliran keluar masuk mereka ke negara ini adalah rasmi dan tersusun.


Cara-cara Kedatangan Buruh Asing

Imigrasi rakyat China ini diuruskan oleh pemilik-pemilik kapal China yang kaya. Di Chinaa Selatan ada ejen-ejen yang pergi menanya sesiapa yang ingin pindah. Ejen-ejen ini diberi seringgit bagi setiap orang yang diperolehinya. Imigran tidak payah membayar tambang. Akan tetapi apabila sampai, misalnya di Pulau Pinang, mereka dikehendaki bekerja dengan majikan baru untuk membayar balik tambang mereka.

Sistem tiket kredit –tambang pelayaran mereka ke tanah melayu telah dibayar oleh ejen dan mereka terikat dengan perjanjian untuk berkerja bagi satu tempoh masa tertentu ,slepas itu mereka bebas berkeja dengan sesiapa sahaja .

Dengan bantuan rakan atau ahli keluarga

sistem kontrak –Majkan di tanah melayu meminta ejennya yang terdapat di India untuk mencari pekerja dan pekerja itu diminta menandatangani kontrek .(pekerja itu perlu bekerja selama 3 tahun dan gaji ditentukan mengikut kontrek .

Sistem kangany –kangany (mandur)dihantar oleh tuanpunya ladang ke India selatan untuk mencari pekerja. selalunya kangany akan memilih pekerja di kalangan sahabat handai dan saudara –maranya .

Melalui perjanjian antara kerajaan British dengan India –kemasukan buruh India secara teracang untuk memenuhi kekurangan tenaga buruh .

Tabung imigrasi India –sumbangan daripada pemilik–pemilik ladang , buruh-buruh mendapat tambang pelayaran dan mereka bebas bekerja dengan mana-mana ladang .

Kerajaan British menempatkan seorang pegawai di madras – Dia bertanggujawab menguruskan urusan pengambilan buruh .





Kesan-kesan:

Masalah-masalah sosial

Kedatangan orang-orang Cina ke Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat menyebabkan munculnya kongsi-kongsi gelap yang menimbulkan kekacauan seperti pertempuran dan rusuhan.Berlaku juga kegiatan perlacuran di kalangan kaum-kaum Cina terutamanya di negeri Selat.Rumah-rumah perjudian banyak didapati dan diusahakan oleh kongsi gelap.Ia sering menjadi punca pergaduhan dan rusuhan.Kegiatan orang-orang Cina ini menimbulkan masalah kepada pemerintah.Oleh itu,langkah-langkah diambil untuk mengatasinya seperti penubuhan Jabatan Pelindung Orang Cina pada tahun 1877.

Pembinaan alat perhubungan

Kemasukan orang-orang imigran terutamanya orang India telah menyumbangkan tenaga tenaga bagi pembinaan jalan raya dan kereta api.Jalan-jalan raya dan kkereta api dibina bagi menyumbangkan kawasan-kawasan pertanian,ladang-ladang getah dan lombong-lombong bijih timah dengan pelabuhan.Ini membolehkan bahan-bahan mentah dieksport ke luar negarandengan segera.Selain itu memberi kemudahan perhubungan kepada penduduk tempatan.

Pertumbuhan Bandar-bandar

Kemasukan orang-orang imigran menyebabkan berlakunya aktiviti perdagangan, pertanian, perladangan dan perlombongan dan hasilnya muncul di bandar-bandar.Kegiatan perlombongan bijih timah di Larut dan Ipoh di negeri Perak menyebabkan lahirnya bandar Taiping, Kamunting, dan Ipoh. Di samping itu,muncul juga bandar-bandar kecil dan pekan-pekan yang diduduki oleh sebahagian besar orang Cina yang menjalankan perniagaan dan orang India yang merupakan golongan pekerja.

Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah

Kemasukan orang-orang Cina dan India telah dapat memenuhi keperluan perusahaan bijih timah dan getah.Orang Cina telah membuka dan mengerjakan lombong-lombong bijih timah serta memperkenalkan cara-cara perlombongan yang lebih berkesan dan memberi pendapatan lebih lumayan.Orang Cina memberi sumbangan yang besar dalam bidang penanaman modal.Pada tahun 1931,penanaman modal orang-orang Cina dianggarkan berjumlah 50 juta.Mereka memiliki 60% daripada lombong-lombong bijih timah pada tahun 1920.Orang-orang Cina juga menanam modal di dalam perusahaan getah.Pada tahun 1931,mereka memiliki 12.5% daripada jumlah ladang getah.Orang-orang India pula telah membantu mengembangkan perusahaan getah dengan membekalkan tenaga buruh yang murah.Kehadiran mereka membolehkan pembukaan ladang-ladang getah yang diusahakan oleh bangsa Eropah.


ew2010

No comments:

Post a Comment