Home

Tuesday, March 16, 2010

Masyarakat Melayu Kesultanan Melaka

Masyarakat Melayu Kesultanan Melaka

Penduduk-penduduk awal pada zaman feudal

Orang-orang yang awal sekali di dunia ini selalu mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang alin. Mereka keluar mengembara beribu-ribu batu jauhnya. Ini mengambil masa yang panjang. Kita tidak tahu mengapa mereka berbuat demikian. Barangkali mereka mencari tempat yang lebih baik di mana makanan boleh didapati ataupun pertukaran iklim memaksa mereka berbuat demikian. Letaknya Malaysia ialah di hujung lautan Asia. Ia diumpamakan sebahai sebuah jambatan di antara Asia, pulau-pulau di Selatan dan Lautan Pasifik. Ramai yang mengembara dari Asia melalui Malaysia.


Penduduk-penduduk awal di Melaka pada zaman feudal

Tom Pires mencatatkan bahawa penduduk awal di Melaka terdiri daripada Orang Selat. Demikian juga pendapat seorang lagi pencatat bahasa Portugis, iaitu De Eredia.

Setelah Melaka dibuka oleh Parameswara, penduduknya bertambah ramai. Kebanyakan terdiri daripada orang Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Di samping itu terdapat juga Orang Laut dan Orang Minangkabau yang menjadi kumpulan penduduk asal di Melaka. Orang Laut mempunyai kampong halaman di Sabak. Selain itu terdapat pula kumpulan pedagang. Pedagang Jawa yang berasal dari Gisek, menetap di Ilir. Bilangan mereka bertambah ramai terutamanya dari bulan Mei-Jun hingga September. Kebanyakkan pedagang dari luar tinggal di Upe. Pedagang Arab, Parsi, China dan pedagang Jawa dati Tuban, Jepara dan Jawa Barat tinggal di situ. Orang Arab, Gujerat, Parsi dan Cina adalah pedagang yang kerap mengunjung Melaka.

Masyarakat di Melaka secara kasar boleh dibahagikan kepada dua golongan yang besar, iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan yang paling tinggi kedudukannya ialaj raja Melaka dan kaum kerabatnya. Kemudian diikuti oleh golongan pentadbir seperti Bendahara, Temenggung, Laksamana, Syahbandar dan Mandulika. Mandulika ialah wakil sultan yang menjalankan pentadbiran di wilayah jajahan Melaka.golongan pentadbir ini biasanya terdiri daripada golongan bangsawan. Di samping itu terdapat juga golongan yang dikenalikan sebagai Orang Kaya-Kaya.

Selepas golongan yang memerintah terdapat pula rakyat biasa yang digelar “ Orang Merdeheka”. Mereka termasuklah golongan peniaga dan pedagang, buruh biasa yang mahir bertukang dan membuat senjata dan golongan yang dipanggil Kiwi. Golongan Kiwi adaalah pedagang yang menjalankan urusan entrepot di pelabuhan Melaka.

Golongan yang paling bawah ialah golongan hamba. Di antara golongan hamba abdi terdapat golongan hamba raja, orang raja, orang berhutang, hamba, abdi dan sahaya.

Selain golongan tersebut, terdapat juga golongan yang penting dalam sebuah masyarakat Islam, iaitu golongan ulama. Mereka menguruskan hal-ehwal yang berkaitan dengan agama Islam. Sejarah Melayu ada menceritakan tentang adanya maulana dan madhdum yang bertugas di istana untuk menyelesaikan masalah agama.


Negrito dan Senoi

Kaum yang tertua sekali datang Asia Tenggara ialah orang-orang Negrito. Hingga sekarang mereka masih ada di Malaysia. Di Kedah dan Perak mereka dikenali sebagai orang-orang Semang dan di Kelantan mereka digelar Pangan. Badan mereka kecil dan mereka berambut kerinting. Kaum ini telah pergi ke negara-negara lain. Mereka dikenali sebagai Aetas di Filipina dan Orang Hitam di Australia. Di Malaysia mereka digelar Orang Asli. Orang-orang Senoi atau Sakai sebagaimana mereka digelar dahulu, ialah satu kaum yang telah berkembang di Asia Tenggara. Orang-orang Senoi lebih tinggi daripada orang-orang Negrito. Berkulit hitam dan hidung kemek, mereka selalunya tinggal di bukit-bukau. Kaum ini juga ada di Sri Lanka dan Sulawesi.

Melayu Pertama dan Melayu Kedua

Kaum yang terbesar dan utama sekali datang ke Asia Tenggara ialah dari bahagian barat Cina. Mereka ialah kaum Mongoloid. Ini berlaku di antara tahun 2500 S.M. dan 1500 S.M. Mereka adalah nenek moyang orang-orang Melayu yang sekrang ini tinggal di Malaysia. Kaum Melayu ini mengembara dari Asia Tenggara ke pulau-pulau di Timur dan Rebuplik Malagasy.

Di antara tahun 2500 S.M. dan 1500 S.M. kaum yang datang ke Asia Tenggara ini boleh dibahagikan kepada dua; Melayu Pertama dan Melayu Kedua. Di semenanjung Malaysia masih terdapat orang-orang Melayu Pertama. Orang Jakun, Orang Laut dan Bersisi ialah dari kaum ini, begitu juga kebanyakan daripada orang-orang Dayak di Malaysia Timur dan orang-orang Batak di Sumatera.

Kaum yang kedua iaitu orang-orang Melayu Kedua mengikut orang-orang Melayu Pertama ke Asia Tenggara. Mereka juga digelar orang-orang Pantai Melayu. Adalah dipercayai bahawa merekalah menyebabkan orang-orang Melayu Pertama masuk ke kawasan pedalaman. Orang-orang Melayu Kedua yang tinggal di sepanjang pantai Malaysia, Sumatera, Bali, Borneo, Sulawesi dan pulau-pulau lain ialah nenek moyang yang orang-orang Melayu yang tinggal di tempat-tempat ini sekarang.

Orang-orang Melayu Kedua, yang datang kemudian ini, membawa bersam mereka zaman logam ke Malaysia. Kehidupan mereka lebih maju lagi jika dibandingkan dengan kaum-kaum yang terdahulu datang ke sini. Mereka bercucuk-tanam dan menternak binatang, dan tinggal di rumah-rumah kayu. Mereka percaya bahawa alam semula jadi dikuasai oleh semangat. Kebanyakan kepercayan mereka ditumpukan kepada padi.

Ketika orang-orang Melayu Kedua menetap di negara ini, mereka telah mempunyai tamadun sendiri. Bila pedagang-pedagang dari luar negeri datang ke sini, penduduk-penduduk asli Malaysia sudah mempunyai unsure-unsur tamadun; mereka bukanlah liar. Tidak lama kemudian penduduk awal ini telah dapat mencipta satu sistem pemerintahan untuk kegunaan mereka sendiri. Inilah permulaan sistem pemerintahan yang kita ada sekarang ini.



Pentadbiran yang tersusun

• Sultan Melaka dengan bantuan anggota Majlis Tertinggi Berjaya mewujudkan pentadbiran yang baik dan tersusun

• Anggota Majils Tertinggi ini terdiri daripada Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari.

• Di bawah Majlis Tertinggi terdapat lapan orang pembesar yang bergelar Sri.

• Syahbandar adalah salah seorang daripada ahli dalam majlis Orang Besar Berlapan

• Terdapat 16 orang pembesar rendah yang bergelar Raja

• Pihak pengurusan yang akhir ialah 32 orang pegawai kerajaan

• Hasil daripada penyusunan dan pembahagian tugasan yang baik, Melaka Berjaya menarik perhatian pedagang-pedagang asing

• Pentadbiran yang baik Berjaya menjadikan Melaka aman dan menjadi tumpuan para pedagang
• Melaka akhirnya muncul sebagai peabuhan utama pada abad ke-15


Peranan Sultan

• Baginda adalah ketua kerajaan dan ketua agama Islam
• Baginda menjadi kuasa tertinggi yang mempunyai kuasa mutlak dalam tentera Melaka
• Baginda berkuasa menjatuhkan hukuman mati dan mengusir rakyat dari negeri Melaka
• Di antara sultan Melaka yang berkebolehan ialah Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488)
• Baginda menyamar diri untuk menyiasat keadaan di dalam negeri
• Baginda mendirikan pondok-pondok kawalan untuk menjaga keselamatan rakyat Melaka dan pedagang asing
• Pasukan polis hari ini turut mengamalkan system kawalan pondok yang dipanggil Sistem Salleh • Baginda dibantu oleh pembesar-pembesar negeri


Pembesar-pembesar

Sesebuah negeri itu dibahagikan kepada beberapa buah daerah. Sesebuah daerah itu adalah satu kawasan di sepanjang sungai utama dalam negeri itu atau anak sungai ataupun sungai-sungai yang kecil. Banyaknya daerah dalam sesebuah negeri itu adalah berbeza dari negeri yang lain. Ia bergantung kepada besarnya sesebuah negeri itu dan sejarahnya. Pemerintah-pemerintah daerah ini bergelar pembesar-pembesar atau orang-orang besar.

Pembesar-pembesar ini pula terbahagi kepada beberapa peringkat. Mereka ialah Orang Besar Berempat, di bawahnyy Orang Besar Berlapan, diikuti pula dengan Orang Besar Enam Belas dan akhir sekali 32 orang pegawai. Sebagaimana yang kita lihat, susunan ini sama seperti di negeri Melaka.

Pembesar-pembesar bukanlah kerabat diraja. Mereka memperolehi hak memerintah sesebuah daerah itu melalui tauliah dan pemerintah. Biasanya mereka menerima surat yang bercap mohor dari pemerintah. Pembesar-pembesar memegang jawatan mereka seumur hidupnya atau seumur hidup pemerintah yang memberi mereka jawatan itu. Apabila seorang dari pembesar-pembesar itu meninggal dunia, anaknya akan menggantikannya.

Pembesar-pembesar mesti menunjukkan taat setia mereka kepada pemerintah. Pada masa upacara-upacara yang penting seperti Adat Istiadat Pertabalan, Mereka akan pergi ke istana. Pada masa pertabalan, pembesar-pembesar akan melakukan istiadat mengadap. Seseorang pembesar itu akan duduk bersila di atas lantai, menghadap Sultan dan menghampirinya perlahan-perlahan. Ia tidak berjalan tetapi mengesut.


Fungsi pembesar-pembesar

Kedudukan pembesar-pembesar sangat penting di dalam susunan pemerintahan Melayu tradisional. Pembesar-pembesar sangat rapat dengan rakyat. Oleh yang demikian mereka sangat berkuasa. Kadang-kadang merekalah yang berkuasa dan bukannya Sultan.

Mereka menjaga keamanan dan undang-undang dalam daerah mereka, Jika ada masalah mereka menyiasatnya dan mendengar cerita dari kedua-dua belah pihak. Mereka menjatuhkan hukuman dan mendenda. Hukuman mati hanya boleh dijatuhkan oleh pemerintah.

Jika negeri diancam oleh orang luar, pemerintah akan menyuruh pembesar-pembesar menyediakan askar. Mereka tidak mempunyai askar biasa, tetapi menyuruh rakyat mempertahankan negeri pada masa peperangan. Mereka juga mengupah orang.

Tugas mereka yang penting sekali ialah memungut cukai dari daerah mereka. Pemungut cukai digunakan untuk memungut cukai. Segala perdagangan yang melintas daerah itu akan dicuakai di pengkalan cukai yang didirikan di sepanjang sungai. Biasanya barang-brang itu dicukai 10%, dan dibayar dengan barang. Sebahagian dari hasil cukai diberi kepada pemerintah sebagai ufti. Misalnya Sultan Perak berhak mengambil $6/- dari tiap-tiap bahara (400 paun) bijig timah yang dieksport dari mana-mana daerah.


Peranan Bendahara

• Beliau menjadi ketua dalam Majlis Tertinggi dan ketua pentadbiran negeri Melaka
• Tugasannya hamper sama dengan tugas Perdadna MEnteri pada hari ini
• Beliau menjadi penasihat utama kepada sultan dan ketua adapt istiadat
• Beliau menjadi ketua hakim dalam menyelesaikan kes-kes yang besar
• Beliau akan mengetuai angkatan tentera menghadapi peperangan
• Beliau berperanan melantik sultan yang baru apabila sultan yang memerintah mangkat
• Beliau menjadi pemangku sultan apabila sultan tiada di Melaka
• Beliau diamanahkan memegang alat-alat kebesaran sultan
• Bendahara Melaka yang teragung iala Tun Perak yang bertanggunjawab meluaskan jajahan Melaka
• Tun Perak memainkan peranan yang penting dalam menyeberkan agama Islam ke jajahan takluk Melaka
• Puteri-puteri diraja Melaka dikahwinkan dengan raja-raja jajahan takluk Melaka
• Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam di rantau ini
• Bendahara Melaka dibenarkan menjalankan perniagaan
• Bendahara Seri Maharaja( Tun Mutahir) adalah peniaga yang Berjaya


Peranan Temenggung

• Beliau menjaga keamanan dalam negeri Melaka
• Tugasnya hamper sama dengan tugas Ketua Polis Negara hari ini
• Beliau ditugaskan menyusun tempat duduk dalam istana dan menyelesaikan kes-kes yang kecil
• Beliau bertanggungjawab mengawasi pedagang asing di pelabuhan Melaka
• Beliau mesti menentukan sukatan dan timbangan yang betul digunakan dalam perdegangan
• Beliau ditugaskan menguruskan pembinaan penjara
• Beliau akan duduk di hadapan gajah semasa mengiringi sultan berangkat
• Beliau menjadi ketua adapt istiadat dalam jamuan diraja


Peranan Laksamana
  • Beliau adalah ketua angkatan laut Melaka.
  • Beliau bertanggungjawab mengawal keselamatan peribadi Sultan.
  • Beliau mengawasi kegiatan lanun dan mengetuai angkatan tentera jika Bendahara tidak ada di Melaka.
  • Beliau mengetuai utusan diraja ke seberang laut.
  • Beliau akan duduk di belakang gajah semasa mengiringi Sultan berangkat.
  • Laksmana Melaka yang terkenal ialah Hang Tuah.

Peranan Penghulu Bendahari

Beliau menguruskan hal kewangan kerajaan Melaka.
  • Tugas beliau sama dengan tugas Menteri Kewangan pada hari ini.
  • Beliau mengetuai semua bendahari dan mengawasi pengawai memungut hasil.
  • Beliau menjaga kebajikan pekerja dan hamba di istana
  • Beliau menjadi ketua perayaan dalam istana.
  • Beliau menjadi bendahari dan setiausaha sultan. \
  • Pegawai-pegawai kampung yang lain

    Masjid dibina di kampong-kampung besar yang terdiri dari 40 buah rumah atau lebih. Imam ialah seorang yang penting di dalam kampong. Selalunya dia adalah seorang yang telah menunaikan fardhu haji. Ia mengurus masjid dan mengetuai sembahyang. Masalah mengenai undang-undang agama diselesaikan olehnya. Jika ia mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai bahasa Arab dan Quran ia digelar ulama. Imam juga menjadi guru agama di kampung-kampung.


    Selain daripada Imam terdapat pengawai-pengawai yang lain seperti Khalib, orang yang membaca khutbah di waktu sembahyang Jumaat, Bilal orang yang membaca azan dan pegawai yang paling rendah sekali adalah Lebai. Pawang dan bomoh sangat popular di kampong-kapung. Mereka tidak mempunyai kuasa politik tetapi orang ramai mendapatkan mereka untuk menghalau hantu jembalang. Kepercayaan kepada bomoh dan pawing ini ialah satu tradisi lama, yang bermula sebelum kedatangan Islam di Malaysia.



    Pertanian


    Pertanian adalah sangat penting dari segi aktiviti ekonomi orang-orang Malaysia pada masa dahulu. Makanan yang paling penting ialah beras. Orang-orang yang pindah masuk dari utara ke arah selatan ke kepulauan Melayu lebih dari 3000 tahun dahulu, telah memperkenalkan padi sebagai satu tanaman, kepada Malaysia dan Asia Tenggara. Apabila pedagang-pedagang India melawat Malaysia kira-kira 2000 tahun dahulu, penanaman padi sudah banyak dipraktikkan di sini. Sawah-sawah padi mempunyai sistem pengairan yang baik.

    Perikanan


    Perikanan ialah aktiviti ekonomi yang penting di dalam masyarakat Melayu masa dahulu. Ramai penduduk-penduduk awal tinggal di sepanjang lembah sungai dan di kawasan-kawasan pantai. Mereka menggunakan sungai sebagai jalan pengangkutan, mengambil air untuk memasak, membasuh, mandi dan menangkap ikan.

    Perlombongan


    Dari sejak zaman prasejarah lagi melombong ialah satu-satunya pekerjaan penduduk-penduduk Malaysia. Orang-orang asing yang datang ke Malaysia pada masa dahulu telah menggelar Malaysia ‘Semenanjung Emas’. Emaslah yang telah menarik perhatian pedagang-pedagang asing. Sudah tentu banyak emas yang dapat digali hinggakan pedagang-pedagang dari kawasan Mediteranean sampai ke Negari China telah datang ke mari. Lagi satu jenis logam yang menarik perhatian mereka ialah bijih timah.


    ew2010

    No comments:

    Post a Comment