Home

Tuesday, March 16, 2010

Kesan-kesan Kedatangan Orang China Dan Orang India

Kesan-kesan Kedatangan Orang China Dan Orang India Ke Atas Masyarakat Tanah Melayu

(a)Pertambahan penduduk dan wujudnya masyarakat majmuk

Kemasukan orang-orang Cina dan India menyebabkan komposisi kaum berubah.Sebelum tahun 1848,di Negeri-negeri Melayu boleh dikatakan keseluruhan pendudukannya adalah Orang Melayu. Dengan kemasukan orang Cina dan India,orang Melayu tidak lagi merupakan golongan majority.Malah di setengah-setengah negeri,bilangan orang Cina dan India telah melebihi bilangan orang Melayu seperti yang berlaku di Selangor dan Perak pada tahun 1901.Pada tahun 1911,orang Melayu marupakan 51%,Cina 33% dan India 11% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.Kadar peratusan tersebut berubah apabila semakin ramai orang Cina dan India terutama yang dilahirkan di negara ini mengambil keputusan untuk menetap. Pada tahun 1921,peratusan orng Melayu turun kepada 49%, Cina 35%, dan India 14%. Dengan adanya orang-orang Cina dan India, maka wujudnya masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

(b)Berlaku pembahagian penempatan

Dari segi penempatan,terjadi persaingan antara satu kaum dengan kaum yang lain.Orang-orang Melayu tinggal di tepi pantai atau di tebing-tebing dan muara-muara sungai. Umumnya orang Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan. Orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar, pelabuhan dan di kawasan perlombongan. Orang Cina menjadi golongan saudagar, pengusaha, peladang, dan pelombong. Orang-orang India tertumpu di lading tebu, kopi dan kemudiannya di ladang getah. Mereka menjadi pekerja ladang dan penoreh getah. Ada juga orang-orang India bekerja sebagaiburuh di sector awam seperti membina jalan raya dan kereta api termasuk kerja perkeranian di jabatan-jabatan kerajaan.

(c)Perbezaan indetiti dan kebudayaan

Perbezaan tidak sahaja berlaku dari segi penempatantetapi juga dari segi identity dan kebudayaan. Perbezaan ini semakin ketara apabila pihak British tidak berusaha mengambil langkah-langkah untuk membolehkan mereka bercampur gaul. Perkara ini menyebabkan orang-orang Cina dan India terus mempertahankan kebudayaan dan cara hidup mereka.

ew2010

No comments:

Post a Comment