Home

Tuesday, March 16, 2010

LAPISAN OZON / RUMAH HJIAU

LAPISAN OZON


Pengenalan Tentang Penipisan Lapisan Ozon:

• Isu mengenai penipisan lapisan ozon merupakan satu isu yang hangat di peringkat antarabangsa. Malahan isu ini telah mendatangkan kebimbangan kepada semua Negara di dunia ini.

• Ozon merupakan sejenis gas yang terdiri daripada cantuman tiga atom oksigen. Gas ozon ini lazimnya digunakan dalam bahan peluntur dan untuk membasmikan kuman, digunakan dalam bahan peluntur dan untuk menghilangkan bau yang tidak disenangi daripada makanan. Walau bagaimanapun, gas ini merbahaya kepada manusia kerana ia bolerh merosakkan paru-paru.

• Namun begitu, pada lapisan stratosfera ozon membentuk lapisannya sendiri yang dikenali sebagai lapisan ozon yang terletak kira-kira 10 hingga 50 km dari aras bumi.

• Lapisan ozon ini terbentuk dari tindakbalas antara oksigen di atmosfera dengan pancaran ultra-ungu. Lapisan ini berperanan sebagai pelindung bumi dari pancaran ultra-ungu ini amat merbahaya kepada manusia dan binatang.

• Oleh itu, lapisan ozon amat penting untuk menyerap dan membalikkan pancaran ini semula ke angkasa lepas sebelum ianya terlepas ke bumi.

• Namun begitu, ada tanda-tanda menunjukkan bahawa lapisan ozon ini telah menipis dan bumi diancam oleh pancaran ultra-ungu.

• Melalui penyelidikan yang telah dijalankan oleh NASA (America’s National Aeronautics and Space Administration) melalui Satelit Nimbus 7, mendapati lapisan ozon telah menipis sebanyak 3 hingga 7 peratus terutamanya di ruang atmosfera negara-negara perindustrian.



Sebab-Sebab Penipisan Lapisan Ozon:

• Lapisan ozon di lapisan stratosfera semakin nipis / berlubang menyebabkan sinaran ultra ungu sampai ke permukaan bumi menyebabkan suhu meningkat.

• Penggunaan bahan kloroflorokarbon (CFC) dalam pembuatan pendingin hawa, penyembur aresol.

• Penggunaan baja organik yang berterusan dalam pertanian yang menghasilkan nitrogen oksida.

• Pembakaran bahan api fosil yang menghasilkan nitrogen dioksida.

• ujian senjata nuklear.

• Peperangan yang menggunakan bahan letupan.

• Jet supersonik yang melalui lapisan stratosfera.

• Pembalakan yang beterusan rnenyebabkan kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam udara.


Kesan Penipisan Lapisan Ozon

• Bertambahnya sinaran ultra ungu ke permukaan bumi dan seterusnya meningkatkan suhu bumi.

• Penyakit seperti katarak mata, kanser kulit.

• Mengurangkan proses fotosentesis tumbuhan - karbon dioksida bertambah.

• Memusnahkan sel mikro organisma / bakteria pada tumbuhan dan binatang menyebabkan tumbuhan / binatang mati.

• Memusnahkan habitat rantaian makanan binatang apabila hutan musnah.


• Berkurangnya hasil pengeluaran tanaman kerana penyakit dan pokok mati.


• Membunuh sistem pelalian manusia dan binatang.


• Peningkatan suhu rnenyebabkan pencairan ais / glesier - menyebabkan peningkata.n aras laut, isi padu air laut bertambah, kawasan rendah ditenggelarmi air / banjir.


KESAN RUMAH HIJAU

Pengenalan Tentang Rumah Hijau:

• Rumah Hijau adalah rumah kaca yang mengubahsuai suhu bagi membolehka penanaman tumbuh-tumbuhan dari negara yang mempunyai iklim yang berlainan.


• Suhu di dalam rumah hijau dikawal supaya ia sentiasa panas. Oleh itu, keadaan panas di negara tropika dapat diwujudkan secara tiruan.


• Hipotesis rumah hijau mengibaratkan bumi sebagai sebuah rumah hijau yang telah menjadi panas. Menurut hipotesis ini, pertambahan pencemaran di atmosfera akan menyebabkan kepanasan di seluruh dunia.


• Setengah-setengah karbon dioksida secara semulajadi terdapat di atmosfera, Gas-gas ini digunakan oleh tumbuh-tumbuhan untuk bernafas. Walau bagaimanapun karbon dioksida yang terlalu banyak dalam udara akan mendatangkan masalah.



• Karbon dioksida yang terlalu banyak akan bertindak sebagai ‘selimut’ yang menghalang dan menyebabkan bahang tersebut berkitar dalam ruang itu sahaja.


Faktor yang menyebabkan Rumah Hijau

• Kesan rumah hijau merupakan satu fenomena yang berlaku kerana pencemaran udara.


• Kesan rumah hijau berlaku kerana pemerangkapan haba oleh gas-gas rumah hijau.


• Antara beberapa jenis gas rumah hijau yang biasa didapati ialah karbon dioksida, sulfur dioksida dan oksida nitrogen.


• Sejarah kesan rumah hijau bermula pada zaman Revolusi Perindustrian. Pada zaman inilah manusia mula menggunakan bahan api fosil secara meluas. Ini menyebabkan kandungan karbon dioksida bertambah.


• Gas-gas ini akan bertindak seperti selimut yang membenarkan haba masuk kemudian akan memerangkap haba ini. Haba yang terperangkap inilah yang akan meningkatkan suhu pada permukaan bumi.




Kesan Rumah Hijau

a) Kenaikan paras laut

• Misalnya kenaikan paras laut di Artik dan Antartika yang disebabkan oleh pencairan ketulan-ketulan ais menyebabkan kejadian banjir di kejadian banjir di kawasan persisiran pantai seperti yang berlaku di bandar-bandar persisiran Bangladesh.



• Pelimpahan masuk air laut ke kawasan pertanian dan meninggikan saliniti (kemasinan) tanah. Ini menjadikannya kurang sesuai untik pertanian.




b) Perubahan iklim

• Perubahan arah angin dan arus menyebabkan bencana alam seperti ribut dan taufan.Kejadian iklim ekstrim di mana kemarau dan banjir berlaku dengan tidak diduga seperti di Africa. Ini mengurangkan penghasilan hutan dan pertanian.


• Perubahan taburan hujan dan sumber air yang menyukarkan kebolehdapatan air tawar. Ini membawa masalah kepada pertanian dan penghutanan.


c) Kesihatan manusia terganggu

• Perubahan suhu boleh menyebabkan 'heatwave' di beberapa tempat dan penduduk kawasan terutamanya penduduk tua boleh mengalami 'heatstroke'.


• Kekurangan air tawar dan kejadian banjir boleh menyebabkan air yang digunakan tercemar dan seterusnya mengakibatkan penyakit seperti cirit-birit.



d) Kegiatan harian manusia dan penempatan manusia terganggu

• Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan air laut serta kejadian banjir boleh menjejaskan kegiatan menangkap ikan dan haiwan akuatik lain.


• Bencana alam seperti ribut dan kemarau juga mengakibatkan gangguan bekalan elektrik.


• Penduduk yang tinggal di kawasan tanah di pinggir laut kadang kala perlu ditempatkan di kawasan lain kerana banjir.


ew2010

No comments:

Post a Comment